Angin dalam badan merupakan masalah kesihatan yang sering kita alami. Selalunya, berpunca dari pemakanan dan sistem penghadaman yang bermasalah. Angin dalam badan menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan,loya, muntah dan lemah tubuh badan yang sangat mengganggu aktiviti harian kita. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu sedang dalam pantang selepas bersalin. Pasti tidak selesa bukan?
Okay, Aina nak share satu PETUA Air Rebusan In shaa Allah membantu membuang angin dalam badan.
Bahan-bahan :Halia Tua - 6 inci
Kayu Manis - 3 Batang
Daun Pandan - 3 Helai
Gula Melaka - 1/2 Cawan
Jintan Manis - 2 Sudu
Halba - 1 Sudu
Buah Pelaga - 6 Biji
Cengkih - 6 Kuntum
Air - 4 Gelas
Cara-cara :
Rebus semua bahan-bahan hingga 3/4 gelas.
Cara Pengambilan :
Minum 1 gelas PAGI dan 1 gelas MALAM.
Selain membuang angin dalam badan, air rebusan ini juga sangat-sangat digalakkan untuk ibu-ibu berpantang selepas melahirkan untuk mengecutkan rahim dan melawaskan pembuangan. IBU HAMIL TIDAK DIGALAKKAN
Angin dalam badan merupakan masalah kesihatan yang sering kita alami. Selalunya, berpunca dari pemakanan dan sistem penghadaman yang bermasalah. Angin dalam badan menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan,loya, muntah dan lemah tubuh badan yang sangat mengganggu aktiviti harian kita. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu sedang dalam pantang selepas bersalin. Pasti tidak selesa bukan?
0 comments:
Post a Comment