Monday, August 16, 2021

9 Tips Tidur Berkualiti (Sleep Hygiene) | Aina Helmi

 

tidur berkualiti



Mungkin ramai antara kita yang biasa dengar body hygine, hand hygiene tapi tak ramai tahu apa itu sleep hygiene. Sleep hygiene adalah pengurusan tidur yang mana termasuklah perkara-perkara yang kita boleh buat untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Tidur yang berkualiti sangat penting untuk kesihatan Fizikal, Mental dan Emosi.


Sebenarnya ramai antara kita yang mengalami masalah untuk tidur dengan mudah, nyenyak dan mendapat masa tidur yang cukup. 


Namun, terdapat satu cara yang terbaik untuk menjamin kualiti tidur dengan mencuba faktor kebersihan tidur (sleep hygiene).


  1. Tidur di awal waktu

Kita digalakkan untuk menetapkan waktu tidur yang berkala. Tidur di awal waktu, setiap hari malah dihujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan anda terbiasa dengan kitaran waktu tidur tersebut.


  1. Elakkan makanan atau minuman berkafein

Pengambilan makanan atau minuman yang berkafein pada waktu malam sangat tidak digalakkan kerana boleh menjejaskan kualiti tidur dengan menjadikan minda anda lebih aktif dan akhirnya sukar mendapatkan tidur yang berkualiti. 


  1. Elakkan makan berat di waktu malam

Anda di nasihatkan untuk tidak makan makanan berat 3 jam sebelum anda tidur ini adalah salah satu pencetus asid refluks yang menyebabkan ketidakhadaman, pedih ulu hati dan sukar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak. 


  1. Aktif di siang hari

Bakar tenaga pada waktu siang dengan melakukan senaman. Pada tahun 2010 satu eksperimen dijalankan mendapati bahawa orang yang sentiasa bersenam akan tidur 45 minit hingga satu jam tambahan pada kebanyakan malam, mereka kurang terjaga daripada tidur serta bangun dengan lebih bersemangat dan kurang mengantuk.  


  1. Elakkan tidur siang terlalu lama

Tidur siang terlalu lama menyebabkan kamu susah untuk mengantuk pada malamnya. Sebaiknya , tidur dalam setengah jam sekadar untuk Power Nap.


  1. Memastikan keadaan bilik dalam keadaan bersih dan selesa

Hias bilik tidur dengan gaya yang menenangkan. Tilam dan bantal yang berkualiti amat penting. Pilih tilam dan bantal mengikut keselesaan anda dan yang paling penting pastikan bilik tidur anda dalam keadaan bersih. 


  1. Memastikan suhu bilik dalam keadaan selesa

 Menurut seorang penyelidik dalam Kumpulan Penyelidikan Tidur di University of Sydney’s Charles Perkins Centre, Yu Sun Bin, sebaiknya sebelum tidur badan kita harus dalam keadaan bersih untuk dapatkan keselesaan ketika waktu tidur. Bayangkan kalau badan melekit, selesa ke nak tidur?


Seterusnya jika menggunakan penghawa dingin, suhu jangan terlalu rendah sehingga negatif kerana akan menyebabkan badan tidak selesa dengan suhu sekeliling. Jadi, suhu penghawa dingin cukup sekadar untuk hilangkan buang keadaan berkuap. Maklumlah negara Malaysia kan panas.

 

Kalau bilik hanya ada kipas, sebaiknya bahagian tingkap atau pintu dibiarkan buka sedikit untuk pengudaraan yang baik agar bilik tidak berkuap dan terperap. 


  1. Jangan tidur dalam keadaan terang

Cahaya adalah faktor yang menyebabkan kita sukar untuk dapatkan tidur yang berkualiti kerana badan kita umpama biological clock yang sangat sensitif pada cahaya. 


Semakin malam dan semakin gelap keadaan sekeliling, tubuh kita akan mudah merasa longai dan mengantuk. Ini disebabkan, hormon yang dipanggil Melatonin akan terhasil dari kelenjar pineal. Hormon Melatonin membantu memberi reaksi positif pada tubuh untuk berehat. 


Bertepatan dengan tujuan Allah menciptakan manusia, fungsi tubuh badan kita semuannya sudah dirangka rapi. Oleh sebab itu Allah menciptakan keadaan malam yang gelap dan kenapa manusia dikehendaki tidur pada waktu malam. 


  1. Jauhkan sebarang gadget dari tempat tidur

Jauhkan gadget 2 jam sebelum anda tidur kerana cahaya dari gadjet akan memberi signal pada otak untuk tidak mengeluarkan hormon melatonin. Semakin banyak menggunakan gadget, semakin kurang waktu tidur anda. 



Akhir kata,9 langkah ke arah tidur yang lebih berkualiti adalah antara langkah untuk kita menambah baik kualiti tidur dan ia perlu diambil serius. Tidur malam yang berkualiti mempunyai manfaat yang besar kepada tubuh dan otak. Tidak cukup tidur atau tidur tidak lena boleh memberikan kesan buruk kepada tubuh. 



Continue Reading

Friday, July 2, 2021

Berita Gembira Untuk Orang Yang Sabar | Aina Helmi




"Angin tidak berhembus untuk menggoyangkan pepohonan, melainkan menguji kekuatan akarnya." (Ali Bin Abi Thalib)

 Angin adalah gambaran dari ujian hidup.

When you don't understand what's happening in your life, just close your eyes, and take a deep breath and say, "Ya Allah, I know this is your plan, just help me through it".

Dr Yusuf Qaradawi menyatakan seorang Islam harus reda terhadap diri sendiri dan Tuhannya, alam dan hidup, takdir serta rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

Reda secara umumnya, sifat lapang hati ketika menerima ketentuan Allah dengan bersangka baik terhadap segala aturan-Nya sekalipun bertentangan dengan kehendak dan keinginan.

Every test is a blessing, every blessing is a test.

Antara hikmah di sebalik ujian adalah ALLAH TINGKATKAN DARJAT DAN KEIMANAN KITA.

Ada orang bila ditimpa masalah, mereka semakin jauh dari Allah kerana kufur mereka. Ada pula orang, setiap kali ujian yang datang akan mendekatkan lagi diri dan pergantungannya kepada Allah. Tidak akan berlaku sesuatu musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta.

Bila kita rasa berat dengan sesuatu ujian yang Allah beri, ingat "Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya diluar batas kemampuannya." Jadi bersabarlah.

Continue Reading

Sunday, June 27, 2021

Petua Mengurangkan Angin Dalam Badan

Angin dalam badan merupakan masalah kesihatan yang sering kita alami. Selalunya, berpunca dari pemakanan dan sistem penghadaman yang bermasalah. Angin dalam badan menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan,loya, muntah dan lemah tubuh badan yang sangat mengganggu aktiviti harian kita. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu sedang dalam pantang selepas bersalin. Pasti tidak selesa bukan? 


Okay, Aina nak share satu PETUA Air Rebusan In shaa Allah membantu membuang angin dalam badan.




Bahan-bahan :

Halia Tua - 6 inci

Kayu Manis - 3 Batang

Daun Pandan - 3 Helai

Gula Melaka - 1/2 Cawan

Jintan Manis - 2 Sudu

Halba - 1 Sudu

Buah Pelaga - 6 Biji

Cengkih - 6 Kuntum

Air - 4 Gelas

Cara-cara :

Rebus semua bahan-bahan hingga 3/4 gelas.

Cara Pengambilan : 

Minum 1 gelas PAGI dan 1 gelas MALAM.


Selain membuang angin dalam badan, air rebusan ini juga sangat-sangat digalakkan untuk ibu-ibu berpantang selepas melahirkan untuk mengecutkan rahim dan melawaskan pembuangan. IBU HAMIL TIDAK DIGALAKKAN

Continue Reading